Saturday, February 20, 2010
Dunia pendidikan juga tidak terlepas daripada manfaat teknologi komunikasi ini.Banyak sekolah telah menggunakan radio, televisyen dan komputer untuk tujuan penyampaian mata pelajaran semata-mata.Peralatan yang sama turut digunakan di pusat-pusat pengajian tinggi dengan lebih menyeluruh lagi. Kemajuan pesat seperti ini membolehkan semua masyarakat terutamanya para pelajar mendapat medium komunikasi dengan mudah. Tidak hairanlah kanak-kanak generasi kini sudah mahir menggunakan komputer mikro dan CD-ROM.Selain itu juga, semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk berhibur.Setelah penat belajar,bagi memulihkan perasaan dan melapangkan minda, menerusi jalur lebar ini, kita boleh mendengar lagu dan menonton cerita-cerita bermoral sekaligus menambahkan ilmu dengan lebih meluas.Diri terhibur dan ilmu bertambah, semangat baru akan terpancar di jiwa kita.Malah dengan keyakinan yang penuh,kita dapat meneruskan pembelajaran agar mengejar kemajuan dengan lebih pantas. Kehadiran era teknologi maklumat ini tidak sahaja memberi kebaikan tetapi juga mendatangkan keburukan.Jika kita menggunakannya dengan baik maka baiklah ia jika buruk, akan membawa padah yang binasa.
Perkembangan jalur lebar seperti media cetak,elektronik dan perisian komputer banyak membantu masyarakat terutama golongan pelajar seperti saya menerima maklumat.Ini meliputi maklumat pendidikan,ekonomi,pembangunan dan lain-lain lagi.Keadaan ini telah mewujudkan masyarakat berilmu dan
bermaklumat.Teknologi komunikasi seperti televisyen,radio dan surat khabar merupakan medium sebaran am yang tersebar luas.Bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan sosial dan sahsiah pelajar khususnya.Setiap maklumat yang disalurkan dengan untuk mewujudkan perpaduan kaum, inovatif dan sikap toleransi.
bermaklumat.Teknologi komunikasi seperti televisyen,radio dan surat khabar merupakan medium sebaran am yang tersebar luas.Bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan sosial dan sahsiah pelajar khususnya.Setiap maklumat yang disalurkan dengan untuk mewujudkan perpaduan kaum, inovatif dan sikap toleransi.
Wednesday, February 17, 2010
Sebagai seorang pelajar yang dahagakan kemudahan ICT,saya berpendapat dengan adanya jalur lebar,ia membantu menjadikan sesuatu kerja dengan lebih cepat,bermutu dan mudah untuk diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.Jika mengikut cara tradisional,sesuatu pengeluaran itu memerlukan pekerja yang ramai tetapi dengan teknologi terkini,tugas manusia dapat dilakukan oleh komputer.Secara konklusinya,penggunaan masa dapat dijimatkan.Bagi pelajar pula,untuk mencari maklumat yang berkaitan pelajaran boleh menerusi talian internet dengan hanya menekan papan kekunci.Klik sahaja,segala-galanya di hujung jari anda.
Menurut Socrates,"Jika ingin menggoncang dunia,terlebih dahulu haruslah menggoncang dirinya sendiri,".Kata-kata ini membawa maksud sesiapa yang ingin berjaya,perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan melengkapkan minda dengan pengetahuan,kemahiran dan pengalaman.Sehubungan dengan itu,penggunaan jalur lebar atau teknologi komunikasi barangkali tepat jika dikatakan sebagai alat untuk menjadikan manusia lebih maju.Dengan adanya kecanggihan ini,kita boleh berhubung dengan manusia di mana sahaja kita berada dalam tempoh yang cepat tanpa had batasan.Tamsilnya,bagi ahli perniagaan atau ahli politik,boleh mengetahui perkembangan dunia luar dengan lebih pantas.
JALUR LEBAR MERUBAH HIDUP SAYA
Menurut kamus dewan edisi ke-4, maksud jalur lebar ialah jalur frekuensi saluran penghantaran yang mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara melebihi 3000 hertz.Selain itu ia membawa maksud medium yang meyambungkan komunikasi berkeupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P) menerusi talian internet ataupun dikenali sebagai pelajaran tanpa sempadan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
