Saturday, February 20, 2010
Dunia pendidikan juga tidak terlepas daripada manfaat teknologi komunikasi ini.Banyak sekolah telah menggunakan radio, televisyen dan komputer untuk tujuan penyampaian mata pelajaran semata-mata.Peralatan yang sama turut digunakan di pusat-pusat pengajian tinggi dengan lebih menyeluruh lagi. Kemajuan pesat seperti ini membolehkan semua masyarakat terutamanya para pelajar mendapat medium komunikasi dengan mudah. Tidak hairanlah kanak-kanak generasi kini sudah mahir menggunakan komputer mikro dan CD-ROM.Selain itu juga, semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk berhibur.Setelah penat belajar,bagi memulihkan perasaan dan melapangkan minda, menerusi jalur lebar ini, kita boleh mendengar lagu dan menonton cerita-cerita bermoral sekaligus menambahkan ilmu dengan lebih meluas.Diri terhibur dan ilmu bertambah, semangat baru akan terpancar di jiwa kita.Malah dengan keyakinan yang penuh,kita dapat meneruskan pembelajaran agar mengejar kemajuan dengan lebih pantas. Kehadiran era teknologi maklumat ini tidak sahaja memberi kebaikan tetapi juga mendatangkan keburukan.Jika kita menggunakannya dengan baik maka baiklah ia jika buruk, akan membawa padah yang binasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment